SRI Aman KB tekad lahirkan pelajar sahsiah diri tinggi

SRI Aman KB tekad menjadi salah satu institusi pendidikan yang memainkan peranan dalam melahirkan pelajar mempunyai sahsiah diri tinggi dan cemerlang akademik menerusi konsep tauhid.
SRI Aman KB tekad menjadi salah satu institusi pendidikan yang memainkan peranan dalam melahirkan pelajar mempunyai sahsiah diri tinggi dan cemerlang akademik menerusi konsep tauhid.
A
A
A

KOTA BHARU - Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu (SRI Aman KB) tekad menjadi salah satu institusi pendidikan yang memainkan peranan dalam melahirkan pelajar mempunyai sahsiah diri tinggi dan cemerlang akademik menerusi konsep tauhid.

Guru Besar SRI Aman KB, Syalihah Mat Nor berkata, konsep tauhid yang merentasi kurikulum dan kesepaduan antara ilmu, iman serta amal itu mampu menjadi 'benteng' kepada pelajar sebelum melangkah masuk ke peringkat sekolah menengah.

“Bagi meneruskan tradisi keilmuan itu, pihak kami melancarkan projek tabung dengan menyasarkan kutipan sebanyak RM6 juta bagi membangunkan SRI Aman KB sebagai pusat institusi pendidikan terulung," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, projek tersebut melibatkan dua fasa pembelian tanah bernilai RM3 juta dan pembinaan bangunan tambahan sebanyak RM3 juta.

Syalihah berkata, SRI Aman KB amat berbesar hati untuk mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak bagi menjayakan hasrat tersebut.

Menurutnya, bantuan tersebut adalah untuk merealisasikan impian pelajar agar mereka dapat menjalani pendidikan dengan lebih selesa.

"Bagi mana-mana pihak yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun Tabung Pembangunan SRI Aman Kota bharu, Bank Islam 0303 6010 164632 atau boleh hubungi wakil kami di talian 014-7038762 (Syaufik)," katanya.

Artikel Berkaitan: