Empat sekeluarga positif pil kuda

Aman (kiri) mengiringi Rohayu meninjau suspek yang ditahan dalam Operasi Kijang, semalam.
Aman (kiri) mengiringi Rohayu meninjau suspek yang ditahan dalam Operasi Kijang, semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Empat sekeluarga antara yang ditahan dalam Operasi Kijang Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, kelmarin.

Penolong Pengarah Penguatkuasa AADK Kelantan, Aman Mustafa berkata, empat sekeluarga itu terdiri daripada bapa, ibu, anak lelaki sulung dan menantunya itu ditahan pasukan AADK Bachok dalam operasi yang dijalankan di Kampung Telong petang semalam setelah masing- masing positif methamphetamine.

Beliau berkata, mereka adalah sebahagian daripada 57 suspek yang ditahan dalam operasi berasingan di daerah Kota Bharu, Bachok, Tumpat dan Pasir Mas.

"Ini adalah pertama kali kami dapat kes sekeluarga ramai begini.Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Semua suspek akan direman di lokap AADK dan seorang Orang Kena Tahan akan dituduh di bawah Seksyen 6(3) Akta Penagihan Dadah 1983 kerana kesalahan melanggar syarat pengawasan," katanya ketika sidang media di ibu pejabat AADK Kelantan malam tadi yang turut dihadiri Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad.

Artikel Berkaitan: