Kapal layar mewah karam di Itali

Sebuah kapal layar mewah tenggelam di perairan Itali pada Ahad lalu. - Foto Twitter/guardiacostiera
Sebuah kapal layar mewah tenggelam di perairan Itali pada Ahad lalu. - Foto Twitter/guardiacostiera
A
A
A

ROM - Sebuah kapal layar mewah sepanjang lebih 39 meter karam di pantai selatan Itali selepas mengalami masalah ketika belayar pada Sabtu lalu.

Kapal layar bernama 'Saga' yang dibina di Monaco pada tahun 2007, sedang belayar dari Gallipoli ke Milazzo di pulau Sicily.

Semasa menyeberangi Teluk Squillace, kapal itu mengalami masalah menyebabkan kaptennya menghantar panggilan kecemasan pada lewat malam.

Sebuah kapal pengawal pantai telah dihantar dari pelabuhan Crotone dan mendapati kapal layar itu dimasuki air di hujung buritannya sekitar sembilan batu nautika dari Marina Catanzaro.

Empat penumpang dan seorang anak kapal, semuanya berbangsa Itali segera dibawa turun dari kapal layar tersebut dengan meninggalkan empat anak kapal lain termasuk kapten ketika mereka cuba menyelamatkannya.

Kapal itu kelihatan senget ke kanan ketika kejadian.

Sebuah bot tunda kemudiannya dihantar dari Crotone untuk mencuba kapal layar tersebut.

Operasi menyelamat telah dijalankan tetapi rakaman video yang diambil oleh pengawal pantai Itali menunjukkan buritan kapal layar itu akhirnya hilang di bawah ombak dan air mencecah garisan bumbungnya.

Artikel Berkaitan:

Ia memaksa pasukan penyelamat berhenti untuk menundanya dan kapal layat tersebut mula tenggelam dengan cepat.

Kapal layar itu akhirnya tenggelam sekitar jam 1 tengah hari Ahad dengan empat anak kapal di dalamnya dibawa ke tempat yang selamat. - Agensi