Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah sahkan draf penghakiman bocor

Najib keluar dari Kompleks Mahkamah Persekutuan pada Selasa. - Foto Bernama
Najib keluar dari Kompleks Mahkamah Persekutuan pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan memaklumkan satu laporan polis sudah dibuat berhubung draf penghakiman dalam tiga rayuan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah bocor.

Menerusi kenyataan pada Selasa, pejabat itu menegaskan badan kehakiman tidak akan diganggu gugat oleh perbuatan yang menyalahi undang-undang.

"Pejabat ini mengesahkan bahawa draf penghakiman yang telah bocor itu merupakan kerja yang belum dimuktamadkan," kata pejabat itu.

Ujarnya, penghakiman muktamad hanya disampaikan di mahkamah terbuka sekitar jam 4 petang pada tarikh yang sama.

"Didapati bahawa dokumen yang bocor itu telah diubah suai," katanya sambil menyifatkan perbuatan tersebut sengaja untuk menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan turut memulakan penyiasatan dalaman berhubung perkara itu.

Sebelum ini, sebuah portal menerbitkan link penghakiman rayuan akhir Najib yang ketika itu prosiding masih berlangsung.

Menerusi link tersebut, dokumen itu boleh dimuat turun oleh pelayar portal sebelum ia tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: