Lelaki mati depan rumah akibat serangan haiwan

Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai seorang lelaki ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Kampung Merua Batu 3, Jalan Haji Wahab dekat sini pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai seorang lelaki ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Kampung Merua Batu 3, Jalan Haji Wahab dekat sini pada Isnin.
A
A
A

PARIT - Lelaki yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan luka pada bahagian leher di sebuah rumah di Kampung Merua Batu 3, Jalan Haji Wahab di sini pada Isnin disahkan maut akibat serangan haiwan.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pemeriksaan luaran menemukan beberapa helai bulu di sekeliling luka di bahagian muka kiri dan leher mangsa, Norzi Jaafar, 58.

"Pemeriksaan dalaman menunjukkan dua saluran jantung mangsa tersumbat selain dijangkiti Covid-19.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kehilangan darah yang serius disebabkan serangan haiwan, jangkitan covid-19 dan saluran darah tersumbat," katanya.

Menurut Azizi, luka pada mangsa berpadanan dengan haiwan seperti anjing atau seumpamanya.

Jelasnya, kes pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan telah diklasifikasikan semula sebagai mati mengejut.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh apabila terdapat kesan kecederaan di leher mangsa dipercayai kesan libasan senjata tajam.

Mangsa berkemungkinan meninggal dunia lebih dari 15 jam ketika ditemui berdasarkan keadaan tompokan darah yang telah beku dan bertukar warna.

Artikel Berkaitan: