Zverev tarik diri Terbuka AS

Alexander Zverev - Foto AFP
Alexander Zverev - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN nombor dua dunia, Alexander Zverev pada Selasa mengumumkan menarik diri daripada menyertai saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2022 gara-gara mengalami kecederaan buku lali.

Zverev berkata, kesakitan di bahagian buku lalinya itu mula disedari pada aksi separuh akhir Terbuka Perancis Jun lalu ketika berdepan bintang Sepanyol, Rafael Nadal.

Menurut Zverez, kesakitan berkenaan turut memaksanya untuk melalui satu pembedahan kecil selepas aksi separuh akhir berkenaan.

“Saya kemudiannya telah mendapatkan rawatan lanjut di Jerman kerana bimbang ia akan memudaratkan.

“Bagaimanapun, berdasarkan laporan perubatan yang diterima, ketiga-tiga ligamen di bahagian buku lali saya telah koyak dan saya perlu berehat seketika.

“Untuk itu, saya terpaksa menarik diri daripada Terbuka Amerika Syarikat kali ini dan berharap dapat kembali untuk beraksi pada masa akan datang,” katanya.

Dua tahun lalu, Zverev mencipta sensasi tersendiri apabila mara ke final Terbuka Amerika Syarikat kali ni.

Sementara itu, Zverev berharap kecederaan buku lalinya sembuh seperti sediakala bagi membolehkan dia beraksi di beberapa kejohanan kelak.

Artikel Berkaitan:

“Untuk kembali ke tahap prestasi terbaik rasanya mustahil, tetapi saya akan mengikuti nasihat pakar perubatan untuk berehat seketika sebelum kembali ke gelanggang.

“Apa pun ia pasti memerlukan masa untuk saya kembali menggegar sukan tenis setelah pulih daripada kecederaan yang dialami ketika ini,” katanya.