Dr Anthony Fauci umum bersara Disember ini

Fauci pada Isnin mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatannya pada hujung tahun ini selepas lebih 50 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Foto Getty Images
Fauci pada Isnin mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatannya pada hujung tahun ini selepas lebih 50 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Foto Getty Images
A
A
A

LOS ANGELES - Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS) Dr Anthony Fauci pada Isnin mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatannya pada hujung tahun ini selepas lebih 50 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Fauci berkhidmat sebagai ketua penasihat perubatan Presiden AS Joe Biden dan pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) AS, lapor Xinhua.

Beliau berkata, sudah tiba masa untuk beralih ke satu lagi tahap sementara masih bertenaga dan bersemangat.

"Saya mahu memanfaatkan ilmu yang saya pelajari sebagai pengarah NIAID untuk terus memajukan ilmu sains dan kesihatan awam serta memberi inspirasi dan menjadi tenaga pengajar kepada generasi saintifik akan datang di saat mereka membantu mempersiapkan dunia untuk berdepan ancaman penyakit berjangkit pada masa depan," kata Fauci dalam satu kenyataan. - Bernama

Artikel Berkaitan: