Juara dunia lepasi ujian awal di Tokyo

Kean Yew - Foto EPA
Kean Yew - Foto EPA
A
A
A

JUARA dunia, Loh Kean Yew, memulakan kempen pertahanan kejuaraannya dengan kemenangan mudah ke atas pemain Sepanyol, Pablo Abian di Gimnasium Metropolitan, Tokyo, pada Isnin.

Pemain Singapura itu menewaskan pemain nombor 58 dunia Abian 21-12, 21-12 dalam masa 29 minit untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Dunia di Jepun tersebut.

Ini merupakan pertemuan kedua, Kean Yew yang sebelum ini menewaskan Abian dalam perlawanan di Terbuka Belanda tahun lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang kini menduduki ranking kelapan dunia, akan menentang pemain Guatemala, Kevin Cordon pada Selasa.

Edisi Kejohanan Dunia tahun lalu, Kean Yew mengecewakan beberapa nama besar termasuk juara Olimpik Viktor Axelsen sebelum merangkul kejuaraan.

Artikel Berkaitan: