Pelajar Tingkatan Tiga maut, rakan cedera motosikal terbabas

Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian manakala rakannya cedera ringan.
Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian manakala rakannya cedera ringan.
A
A
A

KEPALA BATAS - [DIIKEMAS KINI] Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Jalan Lebuh Bertam Perdana, di sini petang Isnin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Firdaus Mohd Zamri, 15, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan dari arah Bertam Pinggiran menuju ke Bertam Perdana sebelum motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan.

"Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa terpelanting ke atas jalan raya dan penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat dan rakannya turut dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan," ujar beliau ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: