PRU15: MCA serah pucuk pimpinan BN tentukan pembahagian kerusi

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bersama Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) Kamaruzaman Munasir (kiri) dan Pengerusi LPJ, Rosnan Fathlal melancarkan Buku Polisi Polisi Sistem Pengurusan Antirasuah, Kot Etika dan Tatakelakuan LPJ selepas pelancaran program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) Cares Keluarga Malaysia di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, pada Isnin

A
A
A

PASIR GUDANG - Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) akan menentukan pembahagian dan jumlah kerusi ditandingi MCA pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perkara tersebut akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai dan selagi belum dimuktamadkan pucuk pimpinan BN, jumlah pembahagian kerusi tidak akan didedahkan.

"MCA menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti, soal pembahagian kerusi akan ditandingi parti komponen itu pada PRU15.

"Saya agak keberatan untuk membincangkan mengenai calon yang akan mewakili MCA sehingga ia sudah dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) Cares Keluarga Malaysia di Pelabuhan Johor, pada Isnin.

Ka Siong yang merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam ditanya mengenai jumlah kerusi MCA sama ada sudah diputuskan untuk PRU15.

"Ia (pembahagian kerusi) hanya akan dibuat setelah semuanya dimuktamadkan oleh parti.

"Proses rundingan, perbincangan dan bertukar pendapat perkara biasa, namun kita tidak berbalah. Kita masih adik beradik dalam keluarga yang sama, elok kekalkan keharmonian itu," katanya.

Dalam pada itu Ka Siong berkata, MCA perlu berusaha lebih kuat untuk membantu kemenangan BN pada PRU15 dan tidak boleh terlalu selesa terutama selepas berjaya menang empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kejayaan itu menjadi dorongan untuk terus melakar kejayaan dengan mengelkalkan momentum kemenangan pada PRN tersebut.

"Saya tak kata kita sudah mencapai satu keputusan yang memberangsangkan, tetapi menampakkan perubahan (MCA) apabila menang empat kerusi dengan menewaskan DAP," katanya.