'Hanya bincang isu semasa sahaja' - Bung Moktar

Bung Moktar ketika ditemui di pekarangan lobi Menara Dato' Onn pada Isnin.
Bung Moktar ketika ditemui di pekarangan lobi Menara Dato' Onn pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan, pertemuan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama ketua-ketua bahagian parti itu hanya membincangkan isu semasa.

Difahamkan, mesyuarat tergempar itu ditangguhkan seketika dan akan bersambung petang nanti.

"Sambung nanti, (mesyuarat) membincangkan isu semasa sahaja. Saya akan kembali jam 5.30 petang," katanya ketika ditemui dipekarangan lobi Menara Dato' Onn, pada Isnin.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga difahamkan akan meninggalkan mesyuarat bagi menghadiri kes mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, satu mesyuarat tergempar diadakan di Menara Dato' Onn bagi membincangkan masa depan parti.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut dilihat meninggalkan Menara Dato' Onn sekitar jam 2.55 petang.

Ditanya sama ada pertemuan tersebut membincangkan isu semasa dan kes mahkamah Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menafikan perkara tersebut.

"Saya tak tahu, cuba tanya Bung Moktar, saya tak bincang perkara itu, saya bincang lain," katanya ringkas.

Artikel Berkaitan:

Ketika ditanya mengenai intipati mesyuarat, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perkara tersebut.