Borna Coric juara Terbuka Cincinnati 2022

Borna Coric - Foto Tennismajors
Borna Coric - Foto Tennismajors
A
A
A

PEMAIN bukan pilihan, Borna Coric muncul juara Terbuka Cincinnati 2022 apabila menewaskan pilihan keempat yang juga pemain nombor tujuh dunia, Stefanos Tsitsipas 7-6 (0), 6-2 pada Ahad.

Bagaimanapun, pemain Croatia itu yang menghuni ranking ke-152 dunia mengakui berdepan tentangan sengit sebelum menewaskan Tsitsipas pada aksi final berkenaan.

"Bagi saya ia merupakan aksi final yang sangat sukar, namun saya mula mendapat rentak dan mula beraksi lebih baik selepas itu.

"Tetapi sebenarnya saya telah dipaksa bekerja keras oleh Tsitsipas sebelum mula mempamerkan kebangkitan pada set kedua dan menewaskannya untuk menjulang trofi kali ini," katanya.

Kemenangan ke atas Tsitsipas meneruskan rekod cemerlang Coric pada Terbuka Cincinntati 2022 setelah mengejutkan pemain nombor tiga dunia, Rafael Nadal di pusingan kedua.

Malah kejayaannya kali ini bakal menyaksikan Coric bakal melonjak ke ranking 29 dunia dan beraksi selaku pemain pilihan pada Terbuka Amerika Syarikat (AS), yang dijadualkan berlangsung mulai 29 Ogos hingga 11 September ini.

Sementara itu, Coric berazam untuk terus memberikan aksi terbaik sepanjang tahun ini dalam usaha melakar lebih banyak kejayaan.

"Saya berazam untuk terus memberikan yang terbaik bagi memenangi lebih banyak trofi selepas ini.

Artikel Berkaitan:

"Apa pun, aksi di pentas final kali ini juga merupakan aksi terbaik yang pernah saya pamerkan di sepanjang tahun ini," katanya.