Polis lupus barang kes RM1.1 juta

Wan Kamarul (tengah) dan Baharudin (kanan) menunjukkan mesin bitcoin yang dilupuskan pada Isnin.
Wan Kamarul (tengah) dan Baharudin (kanan) menunjukkan mesin bitcoin yang dilupuskan pada Isnin.
A
A
A

SEPANG - Polis melupuskan minuman keras, rokok dan mesin bitcoin bernilai RM1.1 juta yang membabitkan tujuh kes, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pelupusan ini melibatkan 10,106 tin minuman keras, 517 botol minuman keras, 52 mesin bitcoin dan satu komputer serta 15,200 karton rokok.

Menurutnya, kes yang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 ini melibatkan rampasan dan 11 tangkapan terdiri daripada tujuh rakyat tempatan dan empat warga asing berusia 21 hingga 48 tahun bagi kes sejak tahun 2018 hingga 2021.

"Siasatan polis mendapati tangkapan suspek ini adalah 'transporter' yang ditahan di sekitar daerah ini.

Polis melupuskan barang kes bernilai RM1.1 juta di IPD Sepang, pada Isnin.
Polis melupuskan barang kes bernilai RM1.1 juta di IPD Sepang, pada Isnin.

"Kesemua kes telah mendapat keputusan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor dan arahan pelupusan telah diperoleh daripada Majistret Mahkamah Sepang mengikut prosedur di bawah Seksyen 406A Kanun Prosedur Jenayah," katanya dalam sidang akhbar Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Tambah Wan Kamarul, pelupusan dilakukan oleh syarikat yang dilantik yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kaedah pelupusan mesin bitcoin ini dilakukan dengan cara peleraian manakala minuman keras dengan cara pengasingan cecair.

"Bagi rokok pula ia dilupuskan dengan cara dibakar di dalam kebuk pembakaran," ujarnya.