PRU15: Agihan kerusi PN selesai dalam masa terdekat

Mohd Faizal (tengah) pada Himpunan Perikatan Nasional (PN) Peringkat Negeri Kelantan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kedua PN di Dataran Warisan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Ahad malam.
Mohd Faizal (tengah) pada Himpunan Perikatan Nasional (PN) Peringkat Negeri Kelantan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kedua PN di Dataran Warisan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Ahad malam.
A
A
A

KOTA BHARU - Rundingan mengenai agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melibatkan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dijangka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditemui pemberita pada Himpunan Perikatan Nasional Peringkat Negeri Kelantan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kedua PN di Dataran Warisan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada Ahad malam.

"Bagaimanapun masih wujud pertindihan melibatkan beberapa kerusi Parlimen dan DUN antara parti gabungan dalam PN," jelas beliau.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan pemimpin-pemimpin utama PN.

Menurutnya, perbincangan mengenai agihan kerusi itu berjalan dengan lancar dan jika masih wujud pertindihan selepas ini perkara tersebut akan dirujuk kepada jawatankuasa perundingan.

Ahmad Faizal berkata, apabila keputusan itu dibuat nanti semua pihak akan akur dan patuh kepada semua arahan daripada pucuk kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Dalam perkembangan lain, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, seluruh jentera PN sudah bersiap sedia sekiranya berlaku pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.

"Saya yakin dengan segala usaha yang telah dibuat, PN sudah berada dalam keadaan sedia untuk menghadapi PRU15," katanya.

Artikel Berkaitan: