Penguatkuasaan perlu tegas atasi salah guna kebebasan bersuara

Keratan akhbar Sinar Harian pada Sabtu. (Gambar kecil: Thomas)
Keratan akhbar Sinar Harian pada Sabtu. (Gambar kecil: Thomas)
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan undang-undang lebih tegas perlu dikenakan terhadap pihak yang melakukan ancaman dan provokasi terhadap mereka ada kaitan dengan badan kehakiman negara.

Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Thomas Fann berkata, ia kerana kebebasan bersuara diamalkan di negara ini tidak menghalalkan sebarang bentuk serangan peribadi.

“Tindakan undang-undang perlu diperhebatkan tanpa memilih bulu. Kita tidak mahu jika berlaku perkara seumpama itu melibatkan orang biasa tindakan yang diambil lambat tetapi keadaan sebaliknya jika seseorang tersebut mempunyai pengaruh.

“Jika kita melemahkan keyakinan orang ramai terhadap institusi kehakiman, mereka tidak akan lagi mendapatkan keadilan menerusi mahkamah serta akan menyalurkannya dengan cara tersendiri.

“Jika itu berlaku, ia akan membawa kepada kerosakan undang-undang dan ketenteraman secara menyeluruh,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa terdapat beberapa hantaran menerusi laman sosial berbaur ugutan serta ancaman dilemparkan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ditanya adakah perlu pindaan dilakukan terhadap undang-undang bagi kesalahan berkaitan ancaman dan ugutan agar hukuman dikenakan lebih berat, Thomas berpendapat, akta sedia ada sudah mencukupi tetapi penguatkuasaan perlu diperhebatkan.

Artikel Berkaitan: