Dua lori terbabas punca lebuh raya sesak 5 kilometer

Tangkap layar video yang dikongsi pengguna mengenai nahas di Kilometer 198.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara dari Taiping menuju Bukit Merah pada Jumaat.
Tangkap layar video yang dikongsi pengguna mengenai nahas di Kilometer 198.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara dari Taiping menuju Bukit Merah pada Jumaat.
A
A
A

BAGAN SERAI - Kemalangan membabitkan dua buah lori menjadi punca aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan arah utara dari Taiping menuju Bukit Merah dekat sini sesak lebih 5 kilometer pada Jumaat.

Kejadian berlaku sekitar jam 6 pagi di Kilometer 198.8 itu membabitkan lori tangki muatan simen dan lori membawa perabot.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kedua-dua pemandu hanya mengalami cedera ringan.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki dipandu lelaki berusia 26 tahun terbabas sendiri dan melanggar besi penghadang di kiri jalan.

Keadaan salah sebuah lori yang mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan terbabit pada Jumaat.
Keadaan salah sebuah lori yang mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan terbabit pada Jumaat.

"Ketika kejadian, datang sebuah lori dari arah sama cuba mengelak menyebabkan lori terbabit turut terbabas dan melanggar besi penghadang yang sama.

"Kedua-dua pemandu yang cedera dalam kejadian itu telah dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, insiden itu telah mengakibatkan lorong kiri terhalang dan aliran trafik sesak sepanjang 5 kilometer.

Artikel Berkaitan:

"Kerja-kerja pengalihan telah dijalankan dan keadaan trafik mula kembali lancar.

Kerja-kerja mengalihkan kedua-dua lori dalam kemalangan terbabit telah dijalankan dan trafik kembali lancar.
Kerja-kerja mengalihkan kedua-dua lori dalam kemalangan terbabit telah dijalankan dan trafik kembali lancar.

"Lalu lintas telah bergerak lancar dan kedua-dua kenderaan hampir selesai dialihkan dari tempat kejadian," katanya.