Covid-19: KKM kesan lima kluster baharu pendidikan

KKM mengesan sembilan kluster baharu untuk tempoh Rangkuman Bernama 13 Ogos-18 Ogos 2022 dan lima (5) daripadanya adalah kluster pendidikan. - Gambar hiasan
KKM mengesan sembilan kluster baharu untuk tempoh Rangkuman Bernama 13 Ogos-18 Ogos 2022 dan lima (5) daripadanya adalah kluster pendidikan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sembilan kluster baharu untuk tempoh Rangkuman Bernama 13 Ogos-18 Ogos 2022 dan lima (5) daripadanya adalah kluster pendidikan.

Kluster pendidikan ini melibatkan Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Antara kluster pendidikan yang dilaporkan termasuk Kluster Jalan Rektor Nilai 2 di Seremban, Negeri Sembilan dengan setakat ini 38 kes positif.

Tiga kluster baharu lain adalah kluster kumpulan berisiko tinggi (Johor, Perak dan Pulau Pinang) dan satu kluster pusat tahanan (Perak).

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,060 kluster dikesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 18 Ogos, 32 kluster masih aktif.

Untuk tempoh Rangkuman ini, jumlah kes harian baharu Covid-19 menurun kepada 20,832 kes, berbanding 23,085 kes pada 6 Ogos -11 Ogos 2022.

Sepanjang tempoh Rangkuman ini, angka kes harian baharu masih di bawah paras 5,000 dengan yang tertinggi sebanyak 4,334 kes pada 13 Ogos 2022.

Pada Khamis (18 Ogos) sebanyak 4,071 kes harian baharu dilaporkan termasuk dua (2) kes import.

Terdapat tujuh (7) kes kematian pesakit Covid-19, menjadikan jumlah kematian untuk tempoh Rangkuman ini sebanyak 54 kes.

Kumulatif kes kematian negara akibat Covid-19 setakat ini sebanyak 36,124 kes.

Menurut data CovidNow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11.59 malam 18 Ogos 2022, daripada 4,071 kes, hanya Selangor mencatat kes empat angka (1,456 kes).

Sembilan negeri/wilayah mencatat kes tiga angka iaitu Kuala Lumpur (728), Negeri Sembilan (320), Sabah (281), Perak (275), Sarawak (182), Melaka (152), Pulau Pinang (143), Johor (117) dan Pahang (100).

Kes dua angka dilaporkan di Kedah (91), Kelantan (77), Putrajaya (74), Terengganu (59) dan Labuan (10).

Perlis mencatat sebanyak enam kes.

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 13 Ogos hingga 18 Ogos 2022:-

13 Ogos (4,334), 14 Ogos (3,045), 15 Ogos (2,437), 16 Ogos (3,429), 17 Ogos (3,516) dan 18 Ogos (4,071).

Kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 6 Ogos hingga 12 Ogos 2022:-

6 Ogos (4,684), 7 Ogos (2,728), 8 Ogos (2,863), 9 Ogos (3,083), 10 Ogos (4,896), 11 Ogos (4,831) dan 12 Ogos (3,943).

Negara jiran Singapura masih mencatat kes harian baharu Covid-19 yang tinggi sepanjang minggu ini, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

13 Ogos (4,403), 14 Ogos (3,023), 15 Ogos (2,665), 16 Ogos (5,202), 17 Ogos (3,762) dan 18 Ogos (3,553.

Sementara itu, sebanyak 3,289 kes sembuh Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 11.59 malam 18 Ogos 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,670,400 kes.

Data CovidNow KKM setakat pukul 11.59 mlm 18 Ogos 2022 menunjukkan sebanyak 40,826 kes (96.1 peratus) dikuarantin di rumah daripada 42,476 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 27 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,542 kes (3.6 peratus) di hospital; 36 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 45 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan Covid-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dengan sebanyak 4,749,000 kumulatif kes, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19.

Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,772,813 kes dan Austria (4,845,882).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun yang kini berdepan dengan gelombang ke-7 Covid-19, masih mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 208,483 kes diikuti Korea Selatan (178,480) dan Amerika Syarikat (67,402).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 1,064,771 kes.

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh:-

13 Ogos (5,082), 14 Ogos (4,226), 15 Ogos (3,658), 16 Ogos (4,882), 17 Ogos (2,541) dan 18 Ogos (3,289).

* kes kumulatif sembuh sehingga 18 Ogos 2022 sebanyak 4,670,400.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

13 Ogos (44,617), 14 Ogos (43,431), 15 Ogos (42,203), 16 Ogos (40,741), 17 Ogos (41,701) dan 18 Ogos (42,476).

Perincian kes harian baharu (4,071 kes):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11.59 malam 18 Ogos 2022

* (+kes import)

Empat angka - Selangor 1,456 (+0).

Tiga angka - WP Kuala Lumpur 728 (+0), Negeri Sembilan 320 (+0), Sabah 281 (+0), Perak 275 (+0), Sarawak 181 (+1), Melaka 152 (+0), Pulau Pinang 143 (+0), Johor 117 (+0) dan Pahang 100 (+0).

Dua angka - Kedah 90 (+1), Kelantan 77 (+0), WP Putrajaya 74 (+0), Terengganu 59 (+0) dan WP Labuan 10 (+0).

Satu angka - Perlis 6 (+0).

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

13 Ogos - Kes baharu 4,334; Kes kumulatif 4,732,502 ; Kes import 6

14 Ogos - Kes baharu 3,045; Kes kumulatif 4,735,547 ; Kes import 5

15 Ogos - Kes baharu 2,437; Kes kumulatif 4,737,984 ; Kes import 6

16 Ogos - Kes baharu 3,429; Kes kumulatif 4,741.413 ; Kes import 6

17 Ogos - Kes baharu 3,516; Kes kumulatif 4,744,929 ; Kes import 3

18 Ogos - Kes baharu 4,071; Kes kumulatif 4,749,000 ; Kes import 2

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

13 Ogos - tiada kluster

14 Ogos - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1)

Kluster Solok Bunga Pudak (Timur Laut, Pulau Pinang) - 14 kes

15 Ogos - 2 (pendidikan 2)

Kluster Jalan Masjid Kemahang (Tanah Merah, Kelantan) - 10 kes

Kluster Dua Jalan Panchang Bedena (Sabak Bernam, Selangor) - 24

16 Ogos - 4 (kumpulan berisiko tinggi 2, pendidikan 1, pusat tahanan 1)

Kluster Jalan Joget Lapan - kumpulan berisiko tinggi (Johor Bahru, Johor) - 20 kes

Kluster Jalan Lapangan Siber Satu - kumpuan berisiko tinggi (Kinta, Perak) - 12 kes

Kluster Jalan Rektor Nilai 2 - pendidikan (Seremban, Negeri Sembilan) - 38 kes

Kluster Tembok Bendera 3 - pusat tahanan (Kinta, Perak) - 5

17 Ogos - 1 (pendidikan 1)

Kluster Jalan Pantai Endah 2 (Lembah Pantai, WP Kuala Lumpur) - 14 kes

18 Ogos - 1 (pendidikan 1)

Kluster Pekan Dengkil (Sepang, Hulu Langat, Putrajaya) - 8 kes

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,060 kluster sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (18 Ogos), 32 kluster yang masih aktif.

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

13 Ogos - 10 (BID 1), 14 Ogos - 5 (BID 0 ), 15 Ogos - 8 (BID 2 ), 16 Ogos - 9 (BID 1 ), 17 Ogos - 15 (BID 4) dan 18 Ogos - 7 (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga 18 Ogos 2022, sebanyak 36,124 kes.

Statistik Global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 598,839,607 berbanding 594,047,735 kes pada minggu lepas dengan 6,466,367 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,451,778).

Sebanyak 572,788,018 kes sembuh dilaporkan berbanding 566,183,558 kes pada minggu lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 95,184,498 (+67,402)

India 44,311,584 (+12,720)

Perancis 34,299,686 (+23,605)

Brazil 34,245,374 (+22,167)

Jerman 31,725,160 (+tiada maklumat)

United Kingdom 23,460,787 (+tiada maklumat)

Korea Selatan 21,861,296 (+178,480)

Itali 21,581,917 (+27,291)

Rusia 19,000,055 (+35,809)

Turkiye 16,671,848(+tiada maklumat)

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,376,571 (+3,295)

Indonesia di tangga 19 - 6,301,523 (+4,039)

Malaysia di tangga 27 - 4,749,000 (+4,071)

Thailand di tangga 29 - 4,628,200 (+2,143)

Filipina di tangga 38 - 3,844,708 (+3,758)

Singapura di tangga 47 - 1,809,251 (+3,553)

Myanmar di tangga 84 - 614,541 (+31)

Brunei di tangga 112 - 215,283(+tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 212,920 (+159)

Kampuchea di tangga 125 - 137,349(+23)

-------------------------------------------------------------------------

Latar belakang Covid-19

-- Penularan wabak Covid-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Disember 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu Covid-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit Covid-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit Covid-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Januari membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian Covid-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 November 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan Covid-19 secara serentak (2 Januari 2022).

- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai "exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai "exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.