Curi pakaian dalam, lelaki dipenjara 24 bulan

Tertuduh ketika hadir di Majistret Kota Kinabalu pada Khamis.
Tertuduh ketika hadir di Majistret Kota Kinabalu pada Khamis.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tindakan seorang lelaki mencuri pakaian dalam seorang wanita untuk tujuan memuaskan nafsu akhirnya membawa padah apabila dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini pada Khamis.

Tertuduh, Muhammad Rizal Richard Abdullah, 39, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Berdasarkan fakta kes, suspek berhadapan dengan pertuduhan mencuri pakaian dalam wanita itu di sebuah taman perumahan di Manggatal, di sini pada 11 Ogos lalu.

Pengadu wanita yang juga penghuni di tingkat bawah taman berkenaan menyatakan pakaian dalam yang disidainya di beranda belakang rumah didapati hilang dan disyaki dicuri dimana kejadian itu didakwa telah berlaku sebanyak enam kali.

Pengadu kemudian membuat semakan rakaman kamera tertutup (CCTV) dan nampak kelibat suspek yang mencurinya dengan mengunakan kayu di beranda belakang rumah.

Pengadu kemudian melaporkan kepada pihak polis dan suspek ditahan pada tengah malam 13 Ogos lalu manakala rampasan telah dibuat terhadap 10 jenis pakaian dalam wanita dalam simpanannya.

Ketika pemeriksaan dibuat, suspek didapati sedang memakai seluar dalam milik pengadu dengan alasan mencuri pakaian dalam sekitar perumahan itu sebagai salah satu jalan untuk memuaskan nafsunya.

Sehubungan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dari hari dia ditangkap dan pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Inspektor Albert Basiri manakala tertuduh diwakili oleh Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabila Norsahar.