Lelaki diikat selepas ganggu remaja perempuan

Lelaki diikat tangan seperti tular di media sosial baru-baru ini.
Lelaki diikat tangan seperti tular di media sosial baru-baru ini.
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki diikat tangannya selepas didakwa mengganggu remaja perempuan dalam kejadian di Gombak pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, abang gadis berkenaan bertindak mengikat lelaki berusia 21 tahun itu selepas tidak berpuas hati suspek mengganggu adiknya.

Menurutnya, bapa kepada remaja perempuan bagaimanapun tidak mahu membuat laporan polis susulan kejadian itu kerana mengenali suspek dan keluarga pelaku.

"Kedua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan salah faham tersebut secara baik," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas video tular berdurasi 13 saat memaparkan lelaki itu sedang duduk dan tangan diikat ke belakang di tepi sebuah kereta peronda polis.

Beliau menafikan dakwaan video yang tular itu adalah kes peragut ditangkap.

"Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes ragut di kawasan berkenaan pada masa itu.

"Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam, " katanya.