Jelius tak puas hati aksi pemain

Jelius Ating
Jelius Ating
A
A
A

KOTA BHARU – Pengendali Sabah, Jelius Ating geram dengan aksi pemainnya susulan kekalahan mengejut pasukan itu kepada Kelantan United FC dalam pertemuan pusingan kedua Piala FA di Kota Bharu, malam tadi.

Jelius yang tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya berkata, anak buahnya gagal mempamerkan kualiti permainan setanding dimiliki skuad Tambadau yang beraksi dalam saingan Liga Premier.

“Secara peribadi, saya sangat tidak puas hati dengan keputusan, cara kita bermain, kesungguhan pemain dan ia memang sangat mengecewakan. Kalau lihat prestasi pasukan, kita seakan-akan tidak mahu menang perlawanan ini.

“Kami diajar oleh pasukan yang dibarisi pemain hampir bersara, ada pemain baru nak naik dan belum pernah beraksi dengan pasukan senior tetapi malam tadi Kelantan United mampu mengatasi pasukan lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Jelas jurulatih berusia 48 tahun itu, pemainnya tidak menunjukkan sikap positif sehingga menyebabkan pasukannya terpaksa menelan kepahitan terkeluar lebih awal, pada musim ini.

“Sebenarnya kekalahan ini bukan kerana Kelantan United bermain lebih baik tetapi kerana sikap pemain sendiri yang tidak bersungguh-sungguh dan ia berbeza jika dibandingkan dalam aksi sebelum ini.

“Semuanya sudah berlaku, tiada ada apa-apa yang boleh diubah kecuali sikap dan mentaliti pemain saya sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan: