Sultan Nazrin lancar logo baharu MIM

Sultan Nazrin (dua dari kanan) dan Tuanku Zara (kanan) menyaksikan video sejarah MIM di Kuala Lumpur pada malam Rabu. - Foto Bernama
Sultan Nazrin (dua dari kanan) dan Tuanku Zara (kanan) menyaksikan video sejarah MIM di Kuala Lumpur pada malam Rabu. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan logo baharu Institut Pengurusan Malaysia (MIM) sempena majlis Jamuan Malam Gala Diraja bagi memperingati ulang tahun ke-55 institut itu.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kemudiannya diiringi oleh Presiden MIM, Tun Hanif Mohammed Omar, ke pameran yang mempaparkan video pendek sejarah dan kejayaan institut itu selama ini.

Hanif, dalam ucapan alu-aluannya berkata, segi tiga pada logo baharu tersebut ialah angka geometri melambangkan kekuatan dengan garisan ringkas namun jelas menghala ke atas untuk menumpu pada mercu kerana institut itu bertujuan untuk menuntut semula kedudukannya sebagai organisasi pengurusan terulung di Malaysia.

"Seketika kita menghormati masa lalu dan meraikan masa kini, ia adalah untuk masa depan yang kita berusaha. Dan masa depan ini akan sentiasa melibatkan Institut memandang ke depan, sentiasa mencari cara yang lebih baik untuk memenuhi keperluan pengurus.
Artikel Berkaitan:


"Saya menantikan masa depan di mana MIM terus menikmati sokongan kementerian dan pemain industri berkaitan. Saya yakin, ia juga akan menjadi masa depan di mana organisasi terus memainkan peranan positif dalam pembangunan bakat negara,” katanya.

Pada majlis tersebut, Hanif turut mempersembahkan buku mewah ‘Coffee Table Book’ Ulang Tahun ke-55 MIM kepada Sultan Nazrin.- Bernama