Tottenham ikat Udogie lima tahun

Udogie
Udogie
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur menambah baik bahagian pertahanan kelab London itu apabila menandatangani Destiny Udogie dari kelab Serie A, Udinese.

Bagaimanapun menurut The Lilywhites, pemain berusia 19 tahun yang diikat dengan kontrak lima tahun dipinjamkan semula bersama Le Zebrette kendalian Andrea Sottil itu bagi saingan musim ini.

“Sejujurnya, ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan apabila saya dapat menyertai kelab terkemuka seperti Tottenham.

"Malah sebenarnya tidak sukar untuk membuat keputusan memilih Tottenham yang dikendalikan pengurus terbaik seperti Antonio Conte," ujar Udogie.

Butiran kewangan perpindahan itu tidak didedahkan, namun media tempatan melaporkan pemain Itali tersebut ditandatangani dengan bayaran awal sekitar 15 juta pound (RM68 juta).

Udogie antara bintang muda berprospek tinggi telah melakukan 37 penampilan dalam semua kejuaraan dan menjaringkan lima gol bersama Udinese.

Skuad Antonio Conte sebelum ini telah merekrut Richarlison, Yves Bissouma dan Djed Spence.

Sementara itu, Ivan Perisic menyertai The Lilywhites secara percuma manakala Clement Lenglet ditandatangani secara pinjaman.

Untuk rekod, skuad Conte kini berada di tempat keempat dengan empat mata selepas dua perlawanan akan menjadi tuan rumah kepada Wolverhampton Wanderers pada Sabtu.