MPOCC tidak lantik khidmat rundingan kepada peniaga sawit

Tangkap layar siaran akhbar dikeluarkan Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK)
Tangkap layar siaran akhbar dikeluarkan Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK)
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) tidak pernah melantik perunding, syarikat atau wakil untuk menyediakan perkhidmatan rundingan kepada peniaga sawit.

Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK) dalam kenyataan pada Rabu berkata, pada masa ini semua Badan Pensijilan Bertauliah (ACB) sedang melalui proses akreditasi dengan Jabatan Standard Malaysia.

“Ini demi memastikan Badan Pensijilan menjalankan audit Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara cekap, dipercayai dan konsisten.

“Sila rujuk laman web MPOCC untuk senarai ACB bagi permohonan MSPO MS2530:2022,” menurut kenyataan itu, pada Rabu.

Dalam pada itu, KPPK berkata, piawaian Pensijilan MSPO versi MS2530 2013 disemak semula dan dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac lepas sebagai MS2530:2022.

“Piawaian MS2530:2022 kini ditambah baik dengan penambahan bahagian baharu iaitu Bahagian 4.2 untuk Fasiliti Pemprosesan Minyak Sawit dan Bahagian 4.3 untuk Sektor Perniagaan Sawit.

“Bagaimanapun, pelaksanaan pensijilan MSPO belum lagi dimandatorikan untuk Fasiliti Pemprosesan Minyak Sawit dan Sektor Perniagaan Sawit.

“Namun fasiliti pemprosesan minyak sawit dan sektor perniagaan sawit boleh mendapatkan pensijilan MSPO secara sukarela di bawah MS2530:2022 iaitu Bahagian 4.2 dan 4.3 sehingga Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengumumkan pelaksanaan mandatori bagi bahagian-bahagian tersebut,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: