Amaran ribut petir di Putrajaya, enam negeri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan enam negeri dan satu wilayah persekutuan sehingga jam 11 pagi, Rabu.

MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan pada jam 8.45 pagi memaklumkan, enam negeri berkenaan ialah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak manakala wilayah persekutuan, Putrajaya.

Di Kedah kawasan terlibat ialah Kota Setar, Yan dan Kuala Muda manakala di Pulau Pinang melibatkan Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara.

Di Selangor pula membabitkan Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Kawasan di Sarawak pula melibatkan Subis, Beluru, Miri dan Marudi.

Artikel Berkaitan: