‘White knight’ cuba bantu kerajaan

Laporan muka depan akhbar Sinar Harian pada Selasa.
Laporan muka depan akhbar Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mendedahkan terdapat wira penyelamat yang digelar 'white knight' cuba membantu kerajaan menyelesaikan kepincangan projek perolehan enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

Bekas Menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) itu berkata, White Knight berkenaan merupakan sebuah syarikat persendirian bumiputera yang mempunyai kekuatan kewangan kukuh dan tampil untuk menyelesaikan krisis projek pembinaan LCS melalui dana persendirian.

Enggan mendedahkan identiti pihak tersebut, Mohd Redzuan atau lebih dikenali Pak Wan menjelaskan syarikat persendirian itu bersedia membeli sebahagian besar syer pegangan saham dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam BNS bagi membolehkan mereka memiliki kawalan terhadap projek itu.

Baca berita penuh di Sinar Premium.