Malaysia akhiri dominasi Iran

Skuad negara meraikan kejayaan muncul juara Hoki Dalam Dewan Piala Asia. - Foto MHC
Skuad negara meraikan kejayaan muncul juara Hoki Dalam Dewan Piala Asia. - Foto MHC
A
A
A

[DIKEMAS KINI] MALAYSIA mengakhiri penguasaan Iran di Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia apabila menundukkan juara bertahan tersebut dalam perlawanan akhir edisi 2022 di Bangkok pada Isnin.

Anak buah Muhammad Amin Rahim muncul juara selepas menewaskan Iran 3-2 menerusi penentuan 'shoot out' setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok.

Muhamad Izham Azhar, Norsyafiq Sumantri dan Shello Silverius muncul wira negara apabila menyempurnakan 'shoot out' masing-masing.

Sebelum itu gol pasukan negara dijaringkan Muhammad Ashran Hamsani minit ke-12, Silverius (16’), Mohd Norhafizie Jamil Azomi (26’), Muhammad Ashran Hamsani (36’).

Skuad negara meraikan kejayaan muncul juara Hoki Dalam Dewan Piala Asia. - Foto MHC
Skuad negara meraikan kejayaan muncul juara Hoki Dalam Dewan Piala Asia. - Foto MHC

Sementara gol Iran disumbangkan Mohsen Bohlouli (3’), Amirmahdi Mirzakhani (20’), Mohammad Karimi (32’) dan Hamid Nooranian (38’).

Untuk rekod, kali terakhir skuad negara mara ke pentas perlawanan akhir adalah pada edisi 2014 di Changhua, Taiwan, yang menyaksikan skuad negara tewas 1-5 kepada Iran.

Sepanjang penyertaan di kejuaraan tersebut, Malaysia berjaya muncul naib juara edisi 2008, 2009, 2010 dan 2014 manakala Iran merupakan juara edisi 2008, 2009, 2010, 2012, 2014, 2015, 2017 dan 2019.

Kejayaan mengatasi Iran itu secara tidak langsung menebus kembali kekalahan 0-3 kepada lawan sama dalam aksi liga sepusingan sebelum ini.