OK Group hargai pekerja

Mohd Ali (empat dari kiri) menyampaikan anugerah pekerja setia kepada Minah Samad (tiga dari kiri).
Mohd Ali (empat dari kiri) menyampaikan anugerah pekerja setia kepada Minah Samad (tiga dari kiri).
A
A
A

PENGELUAR produk bertenaga dan berasaskan herba, Kumpulan Syarikat Orang Kampung (OK Group) meraikan pekerja yang setia bersamanya melebihi 20 tahun menerusi Majlis Makan Malam Penghargaan OK Group di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, pada Sabtu.

Majlis dihadiri kira-kira 400 orang termasuk 130 pekerja pelbagai bahagian, diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Rustam.

Pengarah Urusan Kumpulan, Habibul 'Ajmi Manggar berkata, majlis itu bagi menghargai jasa serta sumbangan pekerjanya dalam membantu meningkatkan keberhasilan jenama itu.

Menurutnya, bermula daripada produk kampung untuk orang kampung, kini jenama itu diperluaskan hingga ke negara jiran, dan perkara itu mustahil direalisasikan tanpa usaha pekerja dan kerjasama rakan strategik.

Habibul ‘Ajmi (dua dari kiri) bersama Mohd Ali (kiri) ketika majlis itu.
Habibul ‘Ajmi (dua dari kiri) bersama Mohd Ali (kiri) ketika majlis itu.

"Majlis ini bertujuan untuk meraikan mereka yang telah bersama-sama membangunkan OK Group dari dulu hingga kini.

"Kali terakhir OK Group mengadakan majlis seumpama ini pada 10 tahun lalu iaitu pada 2012 dan semua pekerja ibarat sebuah keluarga besar," katanya ketika berucap.

Sebanyak 31 anugerah telah disampaikan termasuk Anugerah Khas kepada Pengerusi Eksekutif, Datin Hasbuna Mohamed Zainuddin, anugerah emas, perak dan gangsa.

Selain itu, turut diadakan acara cabutan nombor bertuah berupa beg tangan berjenama, perkakas rumah dan barangan elektrik kepada kakitangan terpilih yang disampaikan Habibul ‘Ajmi sendiri.