JKM cari waris bayi lelaki

JKM sedang mengesan waris kepada bayi lelaki berusia 10 bulan dikenali sebagai Aasir.
JKM sedang mengesan waris kepada bayi lelaki berusia 10 bulan dikenali sebagai Aasir.
A
A
A

PORT DICKSON - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan keluarga atau waris kepada seorang bayi lelaki dikenali sebagai Aasir berusia 10 bulan.

Pegawai JKM Port Dickson, Zulida Zulkifli berkata, waris berkenaan dicari bagi tujuan dokumentasi sebelum bayi berkenaan diserahkan kepada keluarga angkat.

"Ibu bayi berkenaan dipercayai bernama Norhayati dan sebelum itu bayi berkenaan diserahkan oleh pihak ketiga kepada sebuah keluarga.

"Bagaimanapun, kita tidak mempunyai banyak maklumat mengenai ibu bayi berkenaan kecuali namanya," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris bayi berkenaan dan seterusnya akan menyerahkan bayi tersebut kepada keluarga angkat sekiranya waris tidak ditemui.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris kanak-kanak itu boleh menghubungi Zulida menerusi talian 06-6471920.