X

Kindly register in order to view this article
!

PM sudah terima nama Pengerusi PAC pembangkang

Dr Mahathir Mohamad - Foto Sinar Harian Zahid Izzani
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan PH komited akan terus mengotakan janji manifesto PRU14 untuk melantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) daripada blok pembangkang.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bukan niat kerajaan sengaja untuk tidak mahu melantik Pengerusi PAC daripada kalangan pemimpin pembangkang.

Sebaliknya, beliau berkata, sebelum ini UMNO tidak memberikan nama calon menggantikan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

“Kami berjanji dalam manifesto PRU14,bahawa pembangkang akan jadi Pengerusi PAC. Apabila Ronald mengumumkan untuk menyertai Bersatu, UMNO pada ketika itu tidak mengemukakan nama calon pengganti untuk jawatan Pengerusi PAC, sebab itu kita teruskan jawatankuasa itu dengan Ronald.

“Sekarang sudah ada calon, jadi kita perlu tanya calon tersebut terlebih dahulu sama ada beliau bersetuju atau tidak atas lantikan ini,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Noraini bakal dilantik Pengerusi PAC?

Hari ini media melaporkan, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad dijangka dilantik sebagai Pengerusi PAC bagi menggantikan Ronald yang kini telah menyertai Bersatu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh juga mengesahkan, ada usul dalam agenda kesembilan dalam aturan Dewan Rakyat untuk melantik Noraini sebagai Pengerusi PAC menggantikan Ronald.

“Jika Noraini dilantik, kami di pihak PAC berjanji aka meneruskan sikap profesional seperti sebelum ini. Meskipun PAC akhir-akhir ini berdepan banyak isu di luar jawatankuasa, namun urusan prosiding siasatan kami berjalan lancar,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus