Vincent penuhi impian ayah teruskan legasi perniagaan air mineral

A
A
A

Vincent (kanan) sentiasa memastikan komunikasi dan hubungannya dengan pekerja berjalan lancar.
Vincent (kanan) sentiasa memastikan komunikasi dan hubungannya dengan pekerja berjalan lancar.

Cabaran PKP menyebabkan syarikat alami sifar jualan namun bangkit semula dengan bantuan Maxis

Tekad dan nekad; dua sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang yang mahu berjaya dan mampu bertahan dalam perniagaan.

Sifat itulah yang menjadi pegangan Vincent Leng, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ketika beliau membuat keputusan untuk mewarisi perniagaan milik keluarganya.

Vincent, seorang jurutera tekad meninggalkan kerjaya profesional itu demi memenuhi tuntutan bapanya yang memiliki kilang perawatan dan pembekalan air botol mineral supaya beliau meneruskan legasi perniagaan itu.

Akhirnya pada 2017, Vincent mengambil langkah besar dalam kehidupannya dengan terjun ke dunia perniagaan dengan mengambil alih Fresh Life Water Resouces. Beralih dari bidang kejuruteraan kepada pengurusan syarikat dan kilang yang besar memang bukan sesuatu yang mudah.

“Saya akui bidang perniagaan memang dunia baharu bagi saya, biarpun bapa saya menang seorang ahli perniagaan. Apa tidaknya, saya yang belajar dan bekerja dalam kejuruteraan tiba-tiba masuk ke dunia perniagaan tanpa pendidikan formal.

“Tapi saya bertekad untuk meneruskan perniagaan Fresh Life Water Resouces dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari bapa saya.

“Demi keluarga tercinta, saya nekad melakukan perubahan dalam kehidupan,” katanya.

VINCENT
VINCENT

Dalam tempoh tiga tahun itu, Vincent banyak belajar tentang selok belok perniagaan dan pengurusan kilang perawatan dan pembekalan air mineral.

Dia bersyukur kerana bapanya banyak memberikan tunjuk ajar, motivasi dan menaruh kepercayaan kepadanya. Sejak itu perniagaan air mineralnya terus berkembang maju.

Jualan sifar dalam empat bulan

Namun, ketika masih baharu dalam pengendalian perniagaan itu, Vincent berdepan dengan ujian dan cabaran besar apabila seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 pada 2020 yang menjejaskan keseluruhan sosio ekonomi termasuk di negara ini.

Kemuncaknya pada Mac 2020, perniagaan beliau mengalami kerugian besar akibat wabak COVID-19 yang menyebabkan penjualan beliau mengalami kerugian sebanyak 80%, di mana hasil yang diperoleh datang daripada industri perhotelan.

Oleh itu, kos penjualan mereka menjadi sifar buat pertama kali selama empat bulan dan produktif perniagaan terjejas.

Operasi syarikat sentiasa ditambah baik untuk memastikan kualiti produk terjamin
Operasi syarikat sentiasa ditambah baik untuk memastikan kualiti produk terjamin

“Memang dugaan Covid-19 cukup besar terutamanya kepada perniagaan air mineral keluaran syarikat saya. Sedikit demi sedikit jualan dan permintaan mula menurun dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan perniagaan terpaksa ditutup operasi sepenuhnya.

“Penangan pandemik Covid-19, jualan syarikat saya merosot sehingga 80 peratus dan ketika itu kami bergantung kepada permintaan sektor perhotelan saja. Tapi bila hotel pun tak boleh beroperasi, syarikat kami makin terjejas terus dengan kos penjualan jatuh kepada sifar untuk pertama kali,” katanya sedikit termenung ketika menceritakan situasi buruk pandemik.

Situasi buruk itu memberi kesan amat mendalam kepada perniagaan Vincent kerana beliau memikul sebahagian besar tanggugjawab untuk memastikan semua pekerjanya memperoleh pendapatan untuk menyara keluarga mereka.

Demi menunaikan tanggungjawabnya, beliau berusaha untuk melaksanakan operasi penghantaran dengan lebih baik dan meningkatkan produktiviti dalam kalangan semua pekerjanya.

Bertemu jalan penyelesaian untuk bangkit

Ujar Vincent, selepas berakhirnya tempoh pandemik, beliau bersama seluruh kakitangan Fresh Life Water Resouces berganding bahu kembali dan berusaha untuk meningkatkan semula produktiviti serta prestasi syarikat.

No Image Caption

“Saya berusaha untuk mengembalikan perniagaan ke landasan asal. Untuk itu, saya mencari penyelesaian lebih baik untuk memperbaiki aspek pengurusan dan penghantaran bekalan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Ketika itulah saya terfikir untuk menggunakan platform digital dalam mentransformasikan perniagaan dalam saya ‘bertemu’ dengan Maxis Business,” katanya.

Beliau mendaftar Maxis Business Postpaid menerusi Geran Pendigitalan PKS menerusi Maxis dan menikmati penjimatan kos dengan dana sehingga RM5,000.

Ia terbukti membuahkan hasil kerana Vincent dapat melihat peningkatan jumlah kiriman, terutamanya sepanjang tempoh Tahun Baru Cina tahun lalu.

“Apa yang saya tak sangka adalah perubahan besar juga berlaku terhadap tingkah laku pekerja-pekerjanya dan hubungan yang terjalin di pejabat. Mereka lebih kerap berkomunikasi antara satu sama lain.

“Malahan pihak syarikat juga dapat memantau dan mengambil berat tentang keselamatan para pekerja penghantaran dengan sistem mDrive daripada Maxis Business Solution yang kami gunakan,” jelasnya.

Penghantaran Fresh Life Water lebih mudah menerusi mDrive.
Penghantaran Fresh Life Water lebih mudah menerusi mDrive.

Titik peluh Vincent demi memperjuangkan perniagaan keluarga dan pekerjanya membuahkan hasil apabila berlaku peningkatan jualan tahunan sebanyak 25 peratus berbanding tahun sebelumnya walaupun beroperasi dalam tempoh waktu sukar.

Selain itu, beliau juga dapat membantu pekerjanya kembali berkhidmat membuat penghantaran untuk memenuhi pangkalan pelanggan baharu.

Maxis Business sedang mengadakan UsahaWIRA Roadshow di H Elite Design Hotel, Kota Bharu pada 20 Ogos ini untuk membantu mendigitalisasikan perniagaan anda!

Kami menyediakan sesi konsultasi dan anda juga berpeluang untuk memenangi cenderahati eksklusif. Klik di sini untuk maklumat lanjut.