Syaqiera pertaruh pengalaman bantu UPM di SUKIPT 2022

Syaqiera Mashayikh
Syaqiera Mashayikh
A
A
A

ATLET memanah wanita negara, Syaqiera Mashayikh sudah sedia mempertaruhkan pengalaman di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 untuk membantu Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih pingat emas acara individu dan berpasukan pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022.

Bagaimanapun, Syaqiera enggan memandang mudah cabaran dalam kalangan peserta universiti lain dalam acara yang dijadualkan berlangsung di Padang Istiadat, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Saya sasar untuk menyumbang dua pingat emas buat UPM dalam acara individu dan berpasukan. Saya dan pasukan akan bawa pengalaman di AUG ke SUKIPT.

“Di SUKIPT nanti saya akan bergandingan bersama Nuramalia dan Nur Afisa sewaktu meraih emas dalam acara berpasukan di AUG 2022. Saya harap kami mampu menjelmakan pingat emas buat UPM,” katanya.

Untuk rekod edisi SUKIPT UPSI 2022, Syaqiera akan bergandingan bersama Nuramalia Haneesha Mazlan dan Nur Afisa Abdul Hali.