'Kesiapsiagaan BN hadapi PRU15 sangat bagus'

Mohamad ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas merasmikan pembukaan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad.
Mohamad ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas merasmikan pembukaan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kesiapsiagaan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disifatkan kini berada pada tahap sangat bagus.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu dilihat hasil jelajah yang dilakukan beliau ke atas lapan negeri setakat ini.

"Kesiapsiagaan sangat bangus sebab kalau boleh diberikan skala hingga dari 1 ke 10 (dari segi persediaan), tidak ada satu pun negeri bawah daripada 5, semuanya tahap 6, 7 dan 8.

"Macam di Terengganu semalam, mereka juga dah buat kajian sikap, mereka buat awal termasuk melibatkan pengundi awal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, beliau meminta BN Terengganu membuat satu lagi kajian sikap peringkat akhir semasa mesyuarat cawangan untuk melihat ketepatan dapatan kajian.

"Ia kerana ketepatan kajian yang dilakukan sebelum ini iaitu pada 2014 menjadi persoalan.

"Dari segi ketepatan ini, ada yang 60 dan 70 peratus namun kalau kita nak menang, ketepatannya mesti 80 peratus," ujarnya.