91 individu terima darjah kebesaran Terengganu

Sultan Mizan Zainal berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpiih (SMZ) kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah (kiri) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Terengganu Darul Iman sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Hari Keputeraan baginda di Istana Syarqiyyah pada Ahad. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 91 individu dikurniakan Darjah kebesaran, Bintang dan Pingat oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering, dekat sini pada Ahad.

Pengurniaan tersebut bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Hari Keputeraan baginda.

Turut berangkat pada istiadat pengurniaan tersebut ialah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Mendahului senarai ialah Duta Besar Malaysia Ke Perancis, Datuk Mohd Zamruni Khalid yang dianugerahkan darjah Datuk Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (D.S.M.Z) membawa gelaran Datuk.

Selain itu, 18 individu menerima darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang turut membawa gelaran Datuk termasuk dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu iaitu Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat dan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.

Pada istiadat berkenaan, Sultan Mizan turut berkenan mengurniakan pingat Setia Sultan Mizan (S.M.Z) kepada 25 penerima; Setia Mahkota Terengganu (S.M.T) (17 penerima); Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin (A.M.Z) (empat penerima); dan Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T) (26 penerima). - Bernama