Menang ke atas Bournemouth kejayaan bermakna City

Pemain City, Kevin de Bruyne (tengah), melakukAN percubaan ke gawang Bournemouth. - foto Offside via Getty Images
Pemain City, Kevin de Bruyne (tengah), melakukAN percubaan ke gawang Bournemouth. - foto Offside via Getty Images
A
A
A

KEMENANGAN 4-0 ke atas Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad dilihat sebagai satu kejayaan bermakna buat Manchester City dan sekali gus memberikan petanda positif.

Menurut pengendali City, Pep Guardiola, kemenangan berkenaan turut melebarkan rekod skuad The Citizens itu setelah mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas West Ham minggu lalu.

“Ini merupakan kemenangan kedua kita musim ini dan ia sesuatu yang sangat positif bagi memulakan saingan musim ini.

“Kita juga mulai yakin dengan kemampuan pasukan kali ini untuk merekodkan lebih banyak kemenangan selepas ini bagi mengukuhkan lagi kedudukan kita,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan City membuka jaringan pada minit ke-19 menerusi Ilkay Gundogan pada minit ke-19 sebelum Kevin de Bryune menambah gol pada minit ke-31.

Penyerang Phil Foden kemudiannya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-37 sebelum pemain pertahanan pelawat, Jefferson Lema menjaringkan gol sendiri pada minit ke-79 bagi melengkapkan kemenangan City.

Sementara itu, Guardiola turut gembira dengan debut Erling Haaland di Etihad sambil menyifatkan pemain berkenaan banyak terlibat bagi membantu rakan-rakan sepasukan menjaringkan gol.

“Haaland telah beraksi dengan baik dan turut terlibat dalam usaha menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

“Diharapkan prestasi baik ini dapat diteruskannya pada perlawanan akan datang termasuk menjaringkan lebih banyak gol,” katanya.