Bila 'delivery date' kereta terbang: Najib

Hantaran Najib di laman Facebook pada Sabtu.
Hantaran Najib di laman Facebook pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Pakatan Harapan (PH) berkenaan projek kereta terbang pertama Malaysia yang dilaksanakan ketika gabungan itu menerajui kerajaan.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mempersoalkan sama ada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu membuat siasatan berhubung perkara itu atau tidak.

"Projek kereta terbang nasional kebanggaan kerajaan PH. Siapa dah tempah? Salesman (jurujual) kata bila delivery date (tarikh penghantaran).

"Ini tak mahu buat siasatan PAC juga ke?" katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, media pada 2019 melaporkan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kerja membina kereta terbang pertama Malaysia sudah 85 peratus siap.

Prototaip kereta terbang itu menurut beliau, sedang dibina oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun berikutan kuasa ekonomi itu mempunyai ekosistem sokongan untuk industri kereta terbang.