Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia tiba di Pahang

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Sabaruddin Yeop Hamza (tiga dari kiri) menerima 'pass baton' daripada Exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad di 'check point' pertama di Dewan Arena YAM Tengku Muda Pahang, Maran pada Jumaat.

A
A
A

KUANTAN - Sebanyak tujuh 'check point' menjadi destinasi persinggahan Program Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 (KMKM 2022) Peringkat Negeri Pahang berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.

Daerah Maran merupakan lokasi persinggahan pertama peserta konvoi sebelum bergerak ke Jerantut, Lipis, Raub, Temerloh, Bera sebelum berakhir di Mersing, Johor.

Jabatan Penerangan Negeri Pahang dalam kenyataannya berkata, Mersing merupakan titik terakhir yang menjadi lokasi penyerahan 'pass baton' Negeri Pahang kepada Negeri Johor.

Menurut kenyataan itu, KMKM 2022 diaktifkan kembali setelah dua tahun (2020-2021) direhatkan akibat pandemik Covid-19.