Keputusan iktiraf UEC hanya boleh dibuat kerajaan: Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hanya boleh dibuat kerajaan.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia bagi mengiktiraf sijil itu hanyalah pendapat mereka sahaja.

“Kalau kita nak iktiraf, kerajaanlah mesti iktiraf,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

UEC: Bahasa kebangsaan perlu diperkasa

Kerajaan belum buat keputusan iktiraf UEC: Maszlee

Pengerusi lembaga kelayakan itu merangkap Peguam Negara Tommy Thomas, sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) mulai 2021.- Bernama

Artikel Berkaitan: