Keluarga angkat cari ibu kandung Nur Aiesya Azzalea

Nur Aiesya Azzalea kini berusia lima tahun.
Nur Aiesya Azzalea kini berusia lima tahun.
A
A
A

KUALA PILAH - Sebuah keluarga angkat memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan ibu kandung atau waris seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Ibu angkatnya, Zamzurina Hairuddin, 37, berkata, kanak-kanak itu Nur Aiesya Azzalea Mohd Nazri dilahirkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah pada September 2017.

Katanya, Nur Aiesya Azzalea dijaga olehnya selepas ibu kandungnya yang dikenali sebagai Wati melahirkan dan berpantang selama seminggu di kediamannya di Kampung Dioh Kecil di sini.

Zamzurina menunjukkan gambar Nur Aiesya Azzalea yang kini dalam jagaannya di Kuala Pilah.
Zamzurina menunjukkan gambar Nur Aiesya Azzalea yang kini dalam jagaannya di Kuala Pilah.

"Alamat terakhir Wati menetap dipercayai di PPR Sri Pantai, Jalan Pantai, Kuala Lumpur. Bagaimanapun dia didapati tidak lagi mendiami rumah berkenaan.

"Saya berharap ibu kandung Nur Aiesya Azzalea dapat ditemui bagi memudahkan urusan berkaitan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan selanjutnya," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris kanak-kanak itu boleh menghubungi Zamzurina menerusi talian 011-58606404.