Keputusan STPM dikeluarkan pada 18 Ogos

Gambar Fail Bernama
Gambar Fail Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari pada tarikh itu.

Calon sekolah dan calon persendirian pula boleh membuat semakan keputusan STPM 2021 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM/Nombor kad pengenalan/AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

"Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 18 Ogos sehingga 12 tengah hari pada 28 Ogos.

"Selain itu, semakan boleh dibuat menerusi secara dalam talian untuk dapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai 12 tengah hari pada 18 Ogos,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Artikel Berkaitan: