Honor lancarkan Honor X8 5G

Honor X8 ditawarkan pada harga RM999 dan berkapasiti bateri besar 5,000 mAh dengan teknologi penjimatan kuasa pintar.
Honor X8 ditawarkan pada harga RM999 dan berkapasiti bateri besar 5,000 mAh dengan teknologi penjimatan kuasa pintar.
A
A
A

HONOR melancarkan model terbaharu Siri Honor X iaitu Honor X8 5G pada 5 Ogos lalu yang ditawarkan bermula harga RM999 dengan jaminan lanjutan setahun bernilai sehingga RM119.

Honor dalam satu kenyataan berkata, Honor terkenal dengan kualiti yang menjaminkan, siri Honor X kembali semula di pasaran Malaysia lebih awal daripada jangkaan ekoran permintaan ramai di seluruh negara.

“Bagi memenuhi hasrat peminat, Honor memperkenalkan Honor X8 5G dengan kapasiti bateri dan memori besar.

“Ini pasti menggembirakan peminat yang menantikannya sejak sekian lama. Sebagai telefon pintar 5G yang berharga di bawah RM1,000, sudah tentu ini tawaran yang terbaik sepanjang tahun tanpa perlu berbelanja besar,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Honor X8 menawarkan pelbagai keistimewaaan antaranya cip Qualcomm Snapdragon untuk pengalaman komunikasi 5G terbaik, penstoran besar Super 6 128GB untuk menyimpan semua memori terbaik anda, tiga kamera jelas Ultra 48MP - merakam detik kegembiraan dan kualiti boleh dipercayai.

"Pada pelancaran Honor X8 awal tahun ini, Honor Malaysia memperkenalkan versi 5G bagi membolehkan pengguna menikmati rangkaian tersebut menerusi Cipset Qualcomm Snapdragon 5G.

Teknologi Enjin Anti Penuaan pada Honor X8 5G menawarkan keyakinan yang lebih bagus dan lebih lancar untuk pengalaman pengguna sehingga 36 bulan.

"Kapasiti bateri besar 5,000 mAh membuatkan peminat menanti-nantikan Honor X8 5G.

"Dengan kapasiti sebegitu besar, pengguna boleh menonton video dalam talian sehingga 20 jam dan 'gaming' selama 13 jam pada hanya sekali cas.

"Selain itu, mengecas menggunakan Honor Supercharge 22.5W selama 10 minit sudah mencukupi untuk menonton video selama tiga jam tanpa henti. Ini yang dinamakan kuasa berkekalan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Honor X8 5G dilengkapi penstoran besar 128GB yang boleh memuatkan sehingga 26,500 foto atau 10,600 senarai muzik dengan tambahan sokongan kad microSD sehingga 1TB.

"Peranti ini mempunyai RAM Turbo Honor yang dapat meningkatkan kuasa 6GB kepada 8GB untuk keupayaan lebih baik. Aplikasi pelbagai kini boleh dibiarkan terbuka di balik layar dan boleh ditukar-tukar dengan cepat, sekali gus membuktikan kemampuan teknologi yang ditawarkan Honor.

"Salah satu ciri terbaik Honor X8 5G adalah kameranya dan ia hadir dengan tiga kamera belakang 48MP, termasuk lensa makro dan kamera dalaman untuk apa sahaja tujuan fotografi, rasmi atau kasual. Kebebasan memilih sebegini membolehkan penggemar gambar berkarya secara kreatif dengan pilihan rakaman, pada masa sama tidak ketinggalan untuk menikmati setiap detik.

"Mod rakaman sisi pandangan hadapan dan belakang membuatkan vlog menjadi lebih menarik pada kedua-dua lensa, menghasilkan video pengembaraan yang ringkas dan mudah, memaparkan pengembara dan suasana kota yang dilawatinya. Penghasilan vlog menjadi lebih mudah dengan Honor X8 5G," kata kenyataan itu.

Menurutnya, Siri Honor X mempunyai reputasi kualiti yang tahan lama, menjadikannya telefon pintar yang boleh dipercayai selepas beberapa kali diuji.

"Hasil menunjukkan Honor X8 5G berjaya melepasi ujian kualiti yang sukar dan mampu menahan beban sehingga 70 kilogram (kg) membuktikan ia gajet tahan lasak. Malah, Honor X8 5G juga mampu menahan cuaca ekstrem sama ada sejuk, panas dan lembap.

“Honor X8 turut hadir dalam versi 4G dan 5G. Honor X8 4G lebih nipis dan ringan dengan piksel kamera yang tinggi dijual pada harga RM899.

“Peminat yang sukakan versi 5G dan perhubungan sepanjang hari pastinya tidak akan kecewa dengan tawaran harga pada RM999. Untuk berita terbaharu tentang Honor X8 4G dan 5G, layari laman sesawang kami atau ikuti Facebook Honor Malaysia,” kata kenyataan itu.