Larian sasar 2,000 penyertaan

#Setia4Malaysia Unity Run 2022 diadakan sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
#Setia4Malaysia Unity Run 2022 diadakan sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
A
A
A

KLANG – Pemaju hartanah, S P Setia bakal menganjurkan acara #Setia4Malaysia Unity Run 2022 pada 18 September depan di Setia Bayuemas di sini.

S P Setia dalam satu kenyataan berkata, acara larian itu diadakan sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia serta mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Menurut kenyataan itu, S P Setia menyasarkan 2,000 peserta akan memeriahkan acara ini.

“200 peserta terawal akan menikmati yuran serendah RM35 untuk acara fun run dan RM55 bagi tiket acara separa maraton,” katanya.

Tiket #Setia4Malaysia Unity Run 2022 boleh dibeli secara dalam talian di https://www.jomrun.com/event/Setia4Malaysia-Unity-Run-2022 atau aplikasi JomRun yang dimuat turun di Apple App Store and Google Play Store sebelum 16 September ini.

Artikel Berkaitan: