Lebih 80,000 penduduk Kuantan bakal alami gangguan bekalan air

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Kira-kira 80,650 penduduk di Kuantan bakal berdepan gangguan bekalan air bermula tengah malam Khamis sehingga dimaklumkan kemudian susulan berlakunya masalah mekanikal pam di Rumah Pam Kobat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), gangguan itu berlaku di seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor.

“Ia termasuk Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Maritim, Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, Kubang Ikan dan kawasan sekitarnya.

“Seluruh kawasan Gebeng Industri FASA I, II, III,MCKIP, seluruh kawasan pelabuhan dan kawasan sekitarnya turut mengalami masalah sama,” katanya.

Turut terjejas, seluruh kawasan Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, kawasan perumahan Semambu, kawasan Industri Semambu, seluruh kawasan kiri dan kanan Jalan Tengku Muhammad, Pelindung Jalan Tengku Muhamad, Pejabat Ukur, Jalan Beserah serta kawasan Alor Akar.

Selain itu, kawasan di Sri Kuantan, Kubang Buaya, seluruh kiri dan kanan Jalan Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Tanjung Api, Taman Selamat, Tembeling Resort, Kelab Golf Diraja dan kawasan sekitarnya.

Gangguan bekalan air juga berlaku di seluruh kawasan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Jalan Kenanga, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali, Air Putih dan kawasan sekitarnya.

"Turut terlibat seluruh kawasan Taman Fairmount, Bukit Beirut, Jalan Bukit Setongkol, Bukit Setongkol, Cenderawasih dan kawasan sekitarnya,” kata Paip.

Selain itu, seluruh kawasan RTP Bukit Goh, Bukit Goh Gen 2, Bukit Goh Perdana, Bukit Kuantan, sebahagian Tg Pasir dan kawasan sekitarnya juga dijangka mengalami gangguan bekalan air.

“Turut terliabt kawasan Indera Mahkota 1, 2, 3, 5, 6, Kg Tiram, Tiram Perdana, Taman Shahzan, Taman Radiance, KOMTUR, Pejabat Daerah & Tanah, SBPI, pejabat utama Paip, Terminal Sentral, Bomba Indera Mahkota, Widad dan kawasan sekitarnya,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, pengguna boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan di talian 09-573 9999, jika terdapat sebarang aduan dan pertanyaan.