Basikal Jalur Gemilang

A
A
A
Gelagat pengawal keselamatan menunggang basikal yang dihiasi dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri sekitar bandaraya George Town menjadi tarikan terutama pengguna jalan yang terserempak dengannya.

Fauzi Jalil, 43, berkata Jalur Gemilang itu sudah dipasang sejak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan sambutan Bulan Kebangsaan hujung bulan lalu.

Pada mulanya Fauzi hanya memasang 10 bendera bersaiz kecil yang dibeli dan selebihnya bendera itu diberi oleh rakannya sebagai tanda sokongan.

Setiap hari terutama selepas pulang dari kerja, beliau akan berbasikal di sekitar bandaraya George Town, Air Itam, Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Teluk Bahang serta kawasan Seberang Perai bagi menyemarakkan semangat sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Bacaan Yassin Warga TLDM Kota Kinabalu

No Image Caption
GALERI

Berswafoto dan beramah mesra

No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas