APM Kulim terima 60 unit beg oksigen mudah alih

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub Awang (empat, kanan) menyaksikan penyerahan beg oksigen mudah alih daripada Lion Club Of Kulim Central kepada APM Kulim, pada Selasa.

A
A
A

KULIM - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulim menerima 60 unit beg oksigen mudah alih daripada Lion Club Of Kulim Central untuk digunakan ketika operasi menyelamat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata, beg oksigen mudah alih itu boleh digunakan sebagai alat bantu mula kepada pesakit mengalami masalah gangguan pernafasan.

Kata Awang Askandar, fizikal beg oksigen yang ringan menyebabkan ia mudah dibawa jika dibandingkan dari segi saiz dan berat Tank Oxygen sedia ada.

"Seperti kita sedia maklum, pesakit Covid-19 dengan status gejala berat memerlukan alat bantuan pernafasan bagi menstabilkan oksigen di dalam badan.

"Disebabkan itu, gas oksigen menjadi sangat penting pada ketika ini," katanya ketika menyaksikan penyerahan beg oksigen mudah alih di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kulim, pada Selasa.