MOG lancar MOG 6-in-1 Vision Experience

Kakitangan MOG (kiri) memberikan penerangan mengenai penjagaan mata kepada pelanggan.
Kakitangan MOG (kiri) memberikan penerangan mengenai penjagaan mata kepada pelanggan.
A
A
A

PENYEDIA cermin mata, MOG Eyewear (MOG) telah melancarkan MOG 6-in-1 Vision Experience yang merupakan penyelesaian inventif terperinci yang akan membantu melindungi dan mengoptimumkan kesihatan mata.

Pengerusi dan Pengasas MOG Eyewear, Datuk Frankie Ng berkata, MOG 6-in-1 Vision Experience diperkenalkan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan kesihatan mata sambil meningkatkan lagi usaha mereka untuk sentiasa memberikan pengalaman penjagaan mata yang terbaik dengan konsultasi terperinci menggunakan alat dan teknologi penjagaan penglihatan optimum.

“Ramai pelanggan tidak menjalani pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan keperluan visual terbaharu mereka dipenuhi.

"Pengabaian ini juga menyebabkan pencegahan awal untuk sesetengah kes penyakit mata lambat dilakukan.

“Justeru pada hari ini, kami amat teruja untuk memperkenalkan MOG 6-in-1 Vision Experience, pertama dalam industri yang pastinya akan memberi manfaat kepada kesihatan mata dan penglihatan rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan.

Frankie Ng (lima dari kiri) dan tetamu yang hadir pada pelancaran MOG 6 in-1 Vision Experience di Pavilion Bukit Jalil.
Frankie Ng (lima dari kiri) dan tetamu yang hadir pada pelancaran MOG 6 in-1 Vision Experience di Pavilion Bukit Jalil.

Beliau berkata, pengalaman penglihatan ini membolehkan pelanggan merasai sendiri enam proses unik iaitu Konsultasi Peribadi, Penilaian Kesihatan Mata, Pembetulan Penglihatan Tepat, Preskripsi Kanta Peribadi, Pengukuran Digital dan Perlindungan Penjagaan Lanjut.

“Dikenali sebagai penanda aras tertinggi dalam penjagaan mata profesional dalam industri optik, 6-in-1 Vision Experience bukan sekadar memastikan pengguna memperoleh penglihatan dan penampilan yang terbaik, malah pemahaman lebih mendalam tentang mata yang sihat.

“Semua ini mampu dicapai melalui penggunaan teknologi penjagaan mata yang terkini dan penyesuaian khusus setiap pelanggan yang akan kekal berharga untuk tempoh masa yang lama,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sempena pelancaran itu, MOG kini menganjurkan roadshow selama 10 hari di salah satu cawangan utama mereka, MOG Boutique di Pavilion Bukit Jalil.

Rakyat Malaysia dialu-alukan untuk datang dan merasai sendiri pengalaman 6-in-1 Vision Experience mulai hari ini hingga Ahad, 14 Ogos 2022 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.