Kerja senggara LRA Sungai Rasa dijangka siap 9 malam ini

Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset sedang giat dijalankan di LRA Sungai Rasa pada Selasa.
Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset sedang giat dijalankan di LRA Sungai Rasa pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kemajuan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa mencapai tahap 29.8 peratus.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, kerja-kerja itu mengikut jadual ditetapkan sehingga jam 11 pagi Selasa.

Jelas kenyataan itu, kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset itu dijangka siap pada jam 9 malam hari sama.

"Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan," kata kenyataan itu di Facebook pada Selasa.

Justeru, kata kenyataan itu, Air Selangor akan terus menggerakkan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan terjejas.

"Keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, sebanyak 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Rasa pada Selasa.

Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan itu akan bermula pada 9 pagi Selasa dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 1 pagi Khamis.