Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila mata wang negara maju itu mendapat sokongan peningkatan hasil perbendaharaan yang tinggi dan data penggajian yang lebih kukuh.

Pada jam 6 petang, ringgit susut ke paras 4.4570/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4490/4520 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata perkembangan di AS dan keadaan Covid-19 di China telah menjejaskan sentimen terhadap mata wang negara sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

Dalam pada itu, ringgit ditutup mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.5408/5438 daripada 4.5513/5544 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3010/3035 daripada 3.3459/3484, sebelum ini.

Unit tempatan itu juga meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2309/2333 daripada 3.2330/2355 pada Jumaat dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3872/3908 daripada 5.3989/4025 sebelum ini. - Bernama