40 tan beras diagih kepada 42 tahfiz di Kedah

Sukarelawan mengagihkan beras dan barang keperluan untuk pusat tahfiz di Pendang Lake, Pendang pada Isnin. (Gambar kecil: Firdaus)
Sukarelawan mengagihkan beras dan barang keperluan untuk pusat tahfiz di Pendang Lake, Pendang pada Isnin. (Gambar kecil: Firdaus)
A
A
A

PENDANG - Sebanyak 40 tan beras dan keperluan lengkap asas makanan yang disumbangkan oleh orang ramai diagihkan kepada 42 pusat tahfiz berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) pada Isnin.

Menurut Pengasas Huffaz International, Firdaus Kamaruzzaman, bantuan tersebut diperoleh daripada orang ramai dan pihaknya menguruskan bantuan untuk diagihkan kepada pusat tahfiz yang berdaftar.

Katanya, Skim Bantuan Makanan Tahfiz Malaysia diusahakan Huffaz International dengan kerjasama Persatuan Tahfiz Negeri Kedah (Petanda) memberi manfaat kepada 2,500 penghafaz al-Quran.

"Huffaz International membangunkan platform beli dan beri untuk skim bantuan makanan kepada tahfiz dan pelajar-pelajar agama yang berada di institusi pengajian swasta.

"Mereka yang melakukan pembelian di platform tersebut dapat tahu ke mana sumbangan atau pemberiannya diberikan dengan lebih tepat dan telus.

"Usaha ini digerakkan sejak dua tahun lalu untuk meringankan beban pusat tahfiz yang terputus bekalan makanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diteruskan sehingga kini," katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin.

Beliau ditemui selepas melepaskan konvoi penghantaran bantuan makanan tahfiz Malaysia ke seluruh Kedah bersama Pengerusi Petanda, Mohamad Yaakob di Pendang Lake, dekat sini.

Firdaus (kanan) melepaskan konvoi penghantaran bantuan makanan tahfiz Malaysia ke seluruh Kedah bersama Pengerusi Petanda, Mohamad Yaakob di Pendang Lake, dekat sini.

Firdaus berkata, sumbangan tersebut adalah berbentuk 'one-off' kepada setiap tahfiz dan mampu bertahan selama sebulan sahaja dan mengharapkan agar lebih ramai pihak dapat tampil membantu.

Jelasnya, program tersebut adalah pertama kali diadakan di negeri ini dan jumlah penerima bantuan tersebut adalah satu per empat daripada keseluruhan institusi pengajian tahfiz yang dapat dibantu.

"Agihan bantuan kepada maahad tahfiz di seluruh negara termasuk di Kedah telah melibatkan hampir 100 buah dan di negara kita ni sebenarnya kita ada hampir 60,000 penghafaz al-Quran. Jadi sebenarnya 2,500 penghafaz al-Quran yang dibantu di Kedah adalah satu jumlah yang sangat kecil.

"Jadi kami menyeru kepada masyarakat dan orang-orang di luar sana dapat memberikan sokongan kepada kempen beli dan beri di platform platform infak kami," ujarnya.