Jangan sentuh keluarga saya: Farah Nabila

Farah Nabila
Farah Nabila
A
A
A

PELAKON popular, Farah Nabila, 27, mengakui di awal penglibatan bergelar sebagai artis dia juga sama seperti pelakon lain yang dikecam oleh netizen.

Menurut Farah Nabilah Saipuddin atau Farah Nabilah, jangan disentuh bab keluarga dan rakan baiknya.

"Mula-mula tu memang saya tak boleh nak hadapi tapi lama-kelamaan saya rasa sebenarnya tak payah ambil peduli pun apa yang orang nak cakap.

"Selagi ia betul dan tak memberi impak kepada orang lain buat macam biasa.

"Tapi kalau netizen ini sebut atau sentuh fasal keluarga dan rakan baik saya akan bersuara," katanya tegas kepada Sinar Harian.

No Image Caption

Pernah juga katanya dikecam sebagai pelakon kayu.

"Awal pembabitan masa drama Titian Cinta ada yang komen negatif. Tak semua orang sayang dan suka diri kita.

Artikel Berkaitan:

"Malah pernah di komen pelakon kayu. Tapi bagi saya itu perkara yang baik sebab saya boleh asah lagi bakat lakonan supaya tak nampak kayu," kata pelakon Cik Reen En Ngok Ngek.

Dalam perkembangan lain, Farah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti SEGi dan Upper Iowa, Amerika Syarikat ini telah dilantik menjadi jurucakap badan bukan kebajikan ADRF International, awal tahun ini.

Ia merupakan sebuah organisasi yang membantu golongan yang tidak bernasib baik dari segi kewangan menerusi pendidikan.

"Setiap minggu akan ada pelbagai acara dan saya pula akan pergi ke area kediaman kos rendah seperti di flat program perumahan rakyat (PPR) untuk jadi guru sementara.

"Bila dah buat ini saya rasa seronok sangat sebab tak semua orang dapat peluang jadi influencer dan membantu orang lain yang lebih memerlukan.

"Bila saya berada di tahap ini dan orang kenal ia menjadi lebih mudah untuk saya bantu," jelasnya yang bakal mengadakan Chari-Tea in Love with Farah Nabila and friends pada 28 April di PWTC.