Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Joe Ee

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Ee atas kejayaannya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022. - Foto Facebook rasmi Istana Negara
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Ee atas kejayaannya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022. - Foto Facebook rasmi Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet gimrama negara Ng Joe Ee, atas kejayaannya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara pada Ahad..

Joe Ee yang membuat penampilan sulung di temasya itu, menyumbang emas menerusi disiplin bola dan riben, selepas merekodkan masing-masing 29.700 dan 27.800 mata dalam aksi akhir di Arena Birmingham itu pada Sabtu.

Dua emas itu sekali gus membantu kontinjen negara mencapai sasaran enam pingat emas di Sukan Komanwel 2022. - Bernama